所屬科目:馬來文(馬來語)
1. Peraturan jalan raya Taiwan mewajibkan setiap _____ dalam kereta mengikat tali pinggang keledar sepanjang perjalanan. (A) penonton (B) penumpang (C) pejalan (D) pembaca
2. Pelancong: Wah, kami sudah sampai di pintu pameran lukisan! Pemandu pelancong: Sebelum melawat pameran lukisan kita harus membeli tiket _____. (A) keluar (B) masuk (C) wang (D) simpan
3. Pelancong boleh menggunakan _____ di kompleks membeli-belah, kedai serbaneka dan restoran di Taiwan. (A) hutang (B) Ringgit Malaysia (C) kad kredit antarabangsa (D) pinjaman
4. Untuk menarik lebih _____ pengunjung umat Islam, Taiwan bertungkus-lumus untuk mewujudkan persekitaran mesra Muslim di setiap pejabat pengurusan kawasan pemandangan dengan menyediakan kemudahan membersihkan diri dan surau. (A) ramai (B) sedikit (C) cantik (D) murah
5. MRT menawarkan tiket satu hari yang berharga NTD150 dan boleh diguna _____ hari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam. (A) semua (B) sepanjang (C) selama (D) seluruh
6. Taiwan memiliki pemandangan alam semula jadi yang indah dan budaya berbilang etnik yang _____. (A) pantas (B) mempesonakan (C) menarikkan (D) mudah
7. Binatang berikut yang manakah tinggal di dalam laut? (A) sumpah-sumpah (B) ubur-ubur (C) cengkerik (D) rama-rama
8. Sebelum ke luar negara kita boleh _____ wang di bank. (A) memulang (B) menguntung (C) menukar (D) merugi
9. Petang ini kita mahu _____ ke Zoo Negera dan Muzium Negera. (A) melawat (B) bermain (C) memakan (D) menjalankan
10. Pilih kata atau ayat tanya yang tidak sesuai untuk digunakan dalam ayat ini: _____ rumah Ketua Kampung Sentosa? (A) Di manakah (B) Dari manakah (C) Jauhkah (D) Dekatkah
11. Perkhidmatan kosmetik dan pemeriksaan _____ di Taiwan telah _____ dengan pelancongan secara beransur-ansur. (A) kesihatan…bergabung (B) keperibadian…bercantum (C) kesaksamaan…berbincang (D) keseimbangan…bersenjata
12. Industri perhotelan Taiwan _____, terdapat banyak hotel mewah yang sudah mencapai tahap antarabangsa. (A) berjalan lancar (B) beratur lama (C) berkembang pesat (D) bertempat strategik
13. _____ sini _____ Tainan mengambil masa lima jam. (A) Pada…kepada (B) Kepada…di (C) Daripada…dari (D) Dari…ke
14. Hari ini bapa pergi ke rumah saudara _____ pukul lapan pagi _____ pukul lima petang. (A) di…pada (B) daripada…kepada (C) tentang…kecuali (D) dari…hingga
15. Pilih ayat yang paling sesuai untuk melengkapkan perbualan ini: Ibu: Aiman, pastikan kamu sentiasa gunakan jejantas semasa melintas jalan. Aiman: _____. (A) Baiklah, saya akan melintas jalan pada masa lapang (B) Baiklah, saya akan berhati-hati semasa gunakan jejantas (C) Baiklah, saya tidak akan menyeberangi jalan tanpa menggunakan jejantas (D) Baiklah, saya akan menyeberangi jalan tanpa menggunakan jejantas
16. Kita patut _____ penyalahgunaan dadah demi kesihatan sendiri. (A) menghadiri (B) menghindari (C) menghidapi (D) menghadapi
17. Restoran Halal ialah restoran yang mempunyai tukang masak Muslim dan menyediakan menu halal dari sumber halal mengikut syarat yang _____. (A) tidak dibenarkan (B) diperhentikan (C) ditolakkan (D) dibenarkan
18. Ayat berikut mungkin digunakan dalam situasi yang mana? “Masa menjawab sudah tamat. Anda semua dikehendaki berhenti menulis.” (A) pemeriksaan (B) peperiksaan (C) perjalanan (D) pengangkutan
19. Ibu: Lian, esok kamu mahu ke Taiwan, jangan lupa membawa passport dan tiket _____. Lian: Ya, ibu. (A) kereta api (B) penerbangan (C) bas (D) teksi
20. Nenek: Jangan _____ di dalam kabin kapal terbang. Adik: Baiklah nenek. (A) duduk (B) jalan (C) lari (D) baring
21. “Terima kasih kerana _____ untuk terbang bersama kami,” kata pramugari itu. (A) terpaksa (B) menikmati (C) memilih (D) mempunyai
22. Taiwan terletak di kawasan subtropika. Ia mempunyai musim dan iklim yang berbeza antara bahagian _____. (A) depan dan belakangnya (B) utara dan selatannya (C) kiri dan kanannya (D) tengah dan luarnya
23. Di Taiwan, voltan yang _____ ialah 110V dan frekuensi yang _____ ialah 60Hz. (A) dibekalkan…digunakan (B) dicarikan…diperoleh (C) ditunjukkan…ditulis (D) dimiliki…dihentikan
24. Tambang teksi Taiwan di bandar-bandar utama biasanya dikira berdasarkan sistem bermeter, _____ tambang teksi di luar bandar biasanya mengikut kadar yang ditetapkan melalui _____ antara pemandu dan penumpang. (A) mudah-mudahan…pergaduhan (B) kalau…pertimbangan (C) malahan…pertengkaran (D) manakala…persetujuan
25. Tasik Sun Moon atau dikenali sebagai Tasik Matahari Bulan ialah tasik semula jadi di Taiwan yang memiliki pemandangan yang cantik. _____, banyak hotel dan tempat penginapan tertumpu di sini. (A) Oleh itu (B) Disebabkan oleh (C) Kerana itu (D) Dijadikan itu
26. Pemuda itu didapati bersalah kerana melakukan _____ di sebuah kedai emas. (A) ragutan (B) rompakan (C) rombongan (D) rampasan
27. Melaka merupakan _____ yang strategik kerana ia terletak di antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Pulau Sumatera. (A) pelaburan (B) pelabuhan (C) perlaburan (D) perlabuhan
28. Gurunya tidak _____ dia dapat lulus dalam peperiksaan kali ini. (A) sangka (B) angka (C) sanggup (D) sangkap
29. Banyak taman rekreasi menawarkan kemudahan hotel, restoran dan kompleks membeli-belah untuk _____ keperluan rekreasi dan hiburan para _____. (A) mencapai…pelancong (B) memudahkan…pengunjung (C) memenuhi…pengunjung (D) mengurangkan…pelancong
30. Ucapan rasmi biasanya diakhiri dengan _____. (A) Salam sejahtera dan selamat datang (B) Terima kasih tuan/puan pengerusi majlis (C) Sekian terima kasih (D) Sebarang cadangan anda amat dihargai
31. Pekerja-pekerja kilang masih lagi _____ hal kenaikan gaji dengan majikan mereka. (A) membantahkan (B) mengemukakan (C) mendebatkan (D) mempertahankan
32. Kasut Yuby _____ oleh anjing hitam itu. (A) dimasak (B) dimasuk (C) dipotong (D) digigit
33. _____ jalan itu dihias dengan bendera pada Hari Kemerdekaan. (A) Sepanjang (B) Sepanjangan (C) Sesepanjang (D) Sesepanjangan
34. Pilih pernyataan yang paling tepat berdasarkan situasi berikut: Pak Ramli menjual pelbagai makanan dan minuman. Ramai pelanggan datang ke restoran Pak Ramli untuk membeli nasi lemak. (A) Nasi lemak ialah makanan yang paling murah di restoran Pak Ramli. (B) Nasi lemak ialah makanan terkenal di restoran Pak Ramli. (C) Nasi lemak ialah satu-satunya makanan yang dijual di restoran Pak Ramli. (D) Nasi lemak ialah satu-satunya makanan yang enak di restoran Pak Ramli.
35. Lawatan ke ladang ternakan merupakan konsep percutian yang sangat popular dan _____ masyarakat moden, terutamanya penduduk-penduduk yang tinggal di bandar. (A) disukakan (B) diterima sebagai (C) dianggap sebagai (D) digemari oleh
36. Antara aktiviti yang ditawarkan di ladang pelancongan termasuklah _____ buah-buahan, bengkel buat sendiri (DIY) dan lain-lain yang sesuai untuk disertai bersama dengan _____. (A) penghapusan…pengunjung (B) pemetikan…ahli keluarga (C) pencarian…kekasih (D) pembaziran…kawan-kawan
37. Kita tidak patut _____ semasa temu duga semata-mata untuk mendapat peluang kerja yang diinginkan. (A) mengarat (B) mengarut (C) mengurut (D) mengurat
38. Ayat tanya berikut yang manakah kurang biasa digunakan semasa membayar di kaunter restoran? (A) Bolehkah saya bayar dengan kad kredit? (B) Bolehkah saya bayar secara ansuran? (C) Bolehkah kami bayar masing-masing? (D) Adakah kamu hanya menerima wang tunai?
39. Saya terdengar suara dua orang _____ dari lorong yang gelap dan sempit itu. (A) bersiar-siar (B) berbisik-bisik (C) berdiam-diam (D) berulang-ulang
40. Setiap orang akan diberikan _____ untuk mengemukakan pendapat sendiri dalam mesyuarat hari ini. (A) kesempatan (B) kebolehan (C) kesimpulan (D) kejanjian
41. Metro Taoyuan, juga _____ sebagai Metro Lapangan Terbang, menawarkan perkhidmatan laluan tren yang _____ pusat bandar Taipei dan Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan. (A) dikenali…menghubungkan (B) dipanggil…memisahkan (C) digelar…menjalankan (D) disebut…menghubungi
42. _____ terbang ke sana ke mari. (A) Langit-langit (B) Kuda-kuda (C) Orang-orang (D) Api-api
43. Walaupun _____ restoran Turki di Taiwan _____, tetapi masakan Turki amat disukai oleh golongan muda di Taiwan, terutamanya hidangan-hidangan daging. (A) bilangan…agak kurang (B) tampilan…banyak (C) ratusan… kurang (D) jumlah…banyak
44. Orang Cina membersihkan rumah sebagai _____ untuk menyambut Tahun Baru Cina. (A) penyedia (B) penyediaan (C) persediaan (D) kesediaan
45. Mimi dan Yimei sentiasa bergaduh apabila mereka berjumpa, seperti _____. (A) kera kena belacan (B) rusa masuk kampung (C) anjing dengan kucing (D) cincin dengan permata
46. Jangan bersandar ______ dinding. (A) ke (B) kepada (C) di (D) pada
47. Datuk Leni mengambil se ____ risalah dari kedai runcit itu. (A) buku (B) naskhah (C) surat (D) buah
48. Setiap pelancong ke Taiwan _____ mengisi borang kemasukan sebelum _____ imigresen di kastam. (A) dimahukan…ujian (B) dikehendaki…pemeriksaan (C) dijanjikan…percubaan (D) disertakan…perjanjian
49. Pemandangan istimewa yang _____ oleh pulau-pulau dan _____ merupakan salah satu tarikan pelancongan di pantai timur. (A) dihapuskan…saujana (B) dikenakan…pokok kelapa (C) dijadikan…batu bata (D) dibentukkan…terumbu karang
50. Orang tua itu kurang baik _____ nya. (A) kelihatan (B) penglihat (C) penglihatan (D) lihatan
51. “Tahun depan kita akan melancong ke Taiwan, jadi kita harus ikat _____ sekarang untuk mengumpul wang yang cukup,” kata ibu. (A) tangan (B) kaki (C) tali (D) perut
52. Pilih pernyataan yang betul berdasarkan ayat berikut: Destinasi-destinasi yang tidak sempat dilawati oleh ahli rombongan itu termasuk Perigi Hang Tuah dan Bukit Cina. (A) Perigi Hang Tuah dan Bukit Cina ialah tempat yang belum dikunjungi oleh ahli rombongan itu. (B) Perigi Hang Tuah dan Bukit Cina ialah tempat yang telah dikunjungi oleh ahli rombongan itu. (C) Perigi Hang Tuah dan Bukit Cina belum buka semasa ahli rombongan itu sampai di sana. (D) Ahli rombongan itu tidak dibenarkan untuk melawati Perigi Hang Tuah dan Bukit Cina.
53. Apakah maksud peribahasa “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”? (A) bersama-sama mengatasi masalah (B) menyelesaikan sesuatu dalam masa yang pendek (C) bertanggungjawab atas pelbagai kerja (D) hidup dengan berani
54. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat berikut: Encik David selalu memberikan galakan kepada anak-anaknya _____. (A) kerana dia seorang yang ringan tulang dan murah hati (B) kerana dia seorang yang suka membalas budi (C) walaupun keputusan peperiksaan mereka selalu kurang memuaskan (D) walaupun mereka selalu mencapai keputusan yang cemerlang dalam pertandingan sukan
55. Pilih pernyataan yang paling tepat berdasarkan keterangan berikut: Saya membawa pakaian mandi dan barang keperluan harian. Ibu pula membawa bekalan makanan. Setelah segalanya tersedia, ayah terus menghidupkan enjin dan bergerak menuju ke destinasi kami. (A) Mereka mungkin pergi berkelah. (B) Mereka mungkin mahu menghadiri jamuan. (C) Mereka pergi ke destinasi dengan menaiki teksi. (D) Mereka belum pasti mahu pergi ke mana.
56. Hotel Grand Yuan Shan merupakan _____ di Yuanshan yang ditubuhkan pada tahun 1952. Hotel ini mempunyai 14 tingkat dan dibina berasaskan gaya seni bina istana China. (A) mercu tanda (B) tanda tinggi (C) keseragaman (D) tanda hormat
57. Ayat berikut yang manakah paling mungkin digunakan untuk tunjuk jalan? (A) Pasangkan tali keselamatan semasa memandu. (B) Kita mesti gunakan jejantas untuk melintas jalan. (C) Tengok kiri dan kanan sebelum menyeberangi jalan. (D) Bangunan itu terletak di sebelah perhentian bas.
58. Encik Subang _____ anaknya Nina. (A) menamai (B) menamakan (C) bernama (D) bernamakan
59. Pengemis itu tidur di tepi jalan _____ langit. (A) beratap (B) beratapkan (C) diatap (D) diatapkan
60. Pilih pernyataan yang paling tepat berdasarkan pertanyaan berikut: “Saya perlu buang botol plastik ini ke dalam tong yang berwarna merah atau hijau?” tanya pelancong itu. (A) Pelancong ini tidak dapat membezakan warna merah dan hijau. (B) Pelancong ini ingin tahu mengapa terdapat dua tong yang berbeza warnanya. (C) Pelancong ini ingin tahu apakah warna plastik yang dibuang olehnya. (D) Pelancong ini ingin membuang sampah ke dalam tong yang betul.
61. Walaupun kita datang dari negara yang berlainan, kita harus hidup _____. (A) berkasih-kasih (B) berkasih-kasihan (C) kasih-mengasih (D) kasih-mengasihkan
62. Emak membuang gulai malam tadi yang telah _____. (A) basi (B) hanyir (C) hangus (D) hangat
63. Puan Fatimah menderma 500 juta ringgit kepada sekolah. Hal ini menjadi _____ semua orang. (A) banyak mulut (B) berat mulut (C) buah mulut (D) berat tangan
64. Semua pesakit harus mengisi borang _____ sebelum menjumpa doktor di klinik ini. (A) temu janji (B) janji temu (C) tamu janji (D) janji tamu
65. “Esok jangan lupa membawa kamera dan _____ ke Taman Negeri,” kata Lian kepada Rudi. (A) dekak-dekak (B) kunang-kunang (C) kuda-kuda (D) kaki-kaki
66. Ketika melihat anak mereka berluka parah, perasaan ibu dan bapanya _____. (A) bagai beliung dengan asahan (B) bagai dihiris dengan sembilu (C) bagai wau putus tali (D) bagai aur dengan tebing
67. Banyak barang yang _____ di tengah jalan. (A) dicicir (B) mencicir (C) bercicir (D) tercicir
68. Pak Cik Lim menggantungkan _____ bidai di hadapan kedainya sebagai hiasan. (A) sehelai (B) sebidang (C) sekeping (D) sebatang
69. Passport ini mesti _____ sebelum bulan November ini. (A) dibaru (B) diperbaru (C) dibaharu (D) diperbaharu
70. Jalan ke kampung itu menjadi _____ selepas hujan lebat. (A) bengkak (B) bengkang (C) bocor (D) becak
71. “Semangat Patriotisme” dalam perenggan kedua bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap: (A) rakyat Malaysia (B) Perdana Menteri (C) tanah air (D) hari perayaan
72. Hari Raya Puasa biasanya diraikan oleh siapa di Malaysia? (A) umat Islam (B) orang India (C) orang Cina (D) semua agama
73. Apakah yang dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Ramadan? (A) makan dan minum sepanjang hari (B) berpuasa dari fajar hingga matahari terbenam (C) menukar atau memberi “Angpau” (D) memasang lampu-lampu di sekeliling rumah
74. Apakah yang diraikan oleh kaum Cina dalam Tahun Baru Cina? (A) kemenangan kebaikan (B) kemerdekaan Malaysia (C) permulaan hidup baru (D) kemenangan agama
75. Apakah simbolisme lampu pelita dalam Hari Deepavali? (A) simbol keberkatan dan kebaikan (B) simbol ketaatan kepada tuhan (C) simbol semangat patriotisme (D) simbol penyucian diri
76. Apa yang akan terjadi kalau hutan-hutan terus ditebang dari masa ke masa? (A) akan menyebabkan berlakunya banjir kilat dan tanah runtuh (B) akan menubuhkan banyak pulau yang cantik dan luas (C) akan menyebabkan tumbuh-tumbuhan cepat tumbuh dan banyak berhasil (D) akan menambahkan banyak oksigen
77. Apakah antonim untuk perkataan “dititikberatkan”? (A) diutamakan (B) dipentingkan (C) diperhatikan (D) diabaikan
78. Pilih satu tajuk yang paling sesuai untuk karangan ini: (A) Menambah banjir dan kebakaran (B) Menimpa bumi mengalir dengan lambat (C) Melindungi hutan dan alam kita (D) Kemajuan negara kita
79. Apakah perkataan lain yang sama makna dengan fauna dan flora? (A) bunga dan rumput (B) binatang dan tumbuhan (C) sungai dan gunung (D) matahari dan bintang
80. Apakah yang menyebabkan keluasan kawasan hutan kita semakin kurang? (A) banyak haiwan tinggal di dalam hutan (B) banyak karbon dioksida (C) banyak taman negara di kawasan hutan tertentu (D) banyak pembalakan, perindustrian, pertanian